Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah, di mana puasa difardhukan kepada umat Islam yang wajib mengerjakannya. Sehubungan dengan itu, kita digalakkan untuk bersedekah, bertadarus Al-Quran, solat sunat tarawikh, Qiamulail serta mengeluarkan zakat fitrah bagi yang berkemampuan. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah fardhu dan sunat.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam.
- Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al-Quran.
- Mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa pelajar dan guru-guru Islam.
- Mengembeleng tenaga ke arah kejayaan pelajar PMR dan SPM.
- Menghayati roh Ramadhan Al-Mubarak dan mengimarahkannya sebagai pemangkin kejayaan ummah.
- Menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai satu budaya.
TENTATIF PROGRAM
Masa | Aktiviti |
6.00 Ptg | Ketibaan para tetamu |
6.15 -7.20 Ptg | Ucapan aluanBacaan Yasin |
7.25 Ptg | Majlis berbuka puasa (Jamuan ringan)Solat Maghrib |
7.40-8.40 malam | Jamuan Ramadhan |
8.40-9.40 malam | Solat Isya’ berjemaahSolat sunat hajatSolat sunat tarawikh berjemaah |
9.40-10.00 malam | Tazkirah Ramadhan (Penceramah jemputan) |
10.00-10.15 malam | Minum Malam / Moreh |
10.30 malam | Majlis bersurai |