Pages

Selamat Datang

Kenangan Terindah 2011

Majlis Hi-Tea 1Malaysia

Friday, September 30, 2011

Sekitar Pertandingan Bowling di MIBC, Ayer Keroh, Melaka


Pada hari Jumaat minggu lepas 23 September 2011, Kelab Staff dan Guru SMK Sultan Mansor Shah telah menganjurkan satu pertandingan bowling terbuka kepada semua staff SMKSMS yang bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara sesama warga sekolah dan juga menjadikan pertandingan ini sebagai salah satu medium untuk beriadah. Beberapa kategori hamper telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu, dua hamper kategori Pemain Lelaki Terbaik, dua hamper kategori Pemain Wanita Terbaik, dan tiga hamper untuk kumpulan pemenang yang memperoleh kutipan mata yang tertinggi.

Berikut adalah pemenang kategori Pemain Lelaki Terbaik  :  
1) En Alias bin Nayan
  2) En Hamdan
Berikut adalah pemenang kategori Pemain Wanita Terbaik 
1) Pn Halizah Kudus
2) Pn Norhayati Mamat

Kelab Staff dan Guru SMK Sultan Mansor Shah mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada para pemenang.

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar pertandingan bowling terbuka SMK Sultan Mansor Shah yang diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC), MITC, Melaka.






Tuesday, September 20, 2011

Pertandingan Bowling di MIBC, Ayer Keroh


Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Staff SMK Sultan Mansor Shah pada tahun ini akan menganjurkan satu pertandingan bowling yang akan bertempat di Melaka International Bowling Center (MIBC), Ayer Keroh, Melaka pada 23 September 2011 (Jumaat) bermula jam 4.00 petang. Dijemput kepada semua staff sekolah untuk hadir bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Semoga dengan adanya pertandingan seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara sesama warga sekolah. Insya Allah...